
Beliau merupakan optometris berdaftar yang mempunyai hampir 12 tahun pengalaman dalam bidang optometri dan penjagaan penglihatan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Optometri (Kepujian) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Sepanjang pengalaman beliau dalam industri optometri, beliau berpengalaman dalam menjalankan pemeriksaan mata komprehensif serta memberikan konsultasi visual mengikut keperluan setiap pelanggan. Beliau juga mempunyai kemahiran khusus dalam mempreskripsi kanta jauh dan dekat (multifokal/progressive lens) terutamanya untuk golongan dewasa dan warga emas bagi membantu mendapatkan penglihatan yang lebih jelas dan selesa untuk aktiviti harian.
Selain itu, beliau turut berpengalaman dalam membantu pelanggan memilih penyelesaian visual yang sesuai mengikut gaya hidup, pekerjaan dan tahap keselesaan pemakaian cermin mata. Pendekatan beliau yang teliti, mesra dan profesional membantu pelanggan memahami keadaan penglihatan mereka dengan lebih baik.
Tetapkan slot janji temu anda bersama pakar optometris dipercayai di Kuala Terengganu. Lindungi penglihatan seisi keluarga dengan saringan klinikal terperinci yang disesuaikan mengikut keperluan harian anda.
WhatsApp Kami